Thursday, March 24, 2011

SPM...Apabila 'A" bukanlah yang terbaik

Assalamualaikum

Pertama diucapkan tahniah buat adik2 yang dah dapat keputusan SPM. "Lesen" SPM nie besar nilainya, sampai ke tua berguna tau. Daripada nak masuk IPT hinggalah nak cari kerja, sijil SPM nie mesti nak tunjuk. Kalo keputusan tu bagus (ye la dah semua A++) siap boleh frame lagi tau, tunjuk kat orang kampung. Ha, kat sini saja2 lah nak share fakta menarik tentang SPM:
  1. Jumlah calon 467 970 orang. (mak ai, ramai betoi, sorang bagi aku singgit nie dh kayo dh nie)
  2. Gred A saja ada 3 peringkat, A+, A dan A-.
  3. Ada 363 calon dapat semua subjek A+ dan 9 239 orang dapat A semua subjek (A+, A & A-).
  4. Seramai 2773 orang calon gagal dalam SPM.
  5. 68 114 orang calon mendapat sekurang-kurangnya C bagi setiap subjek.
Ok lah, tahun ni keputusan SPM memang lebih baik, cuma realiti daripada SPM ini apabila difikirkan sangat menyedihkan. Contohnya;
  • Setelah dicampur segala tempat ke IPT termasuk matrikulasi, Politeknik, belajar tajaan luar negara, etc hanya menyediakan tempat kira-kira 300 000 orang sahaja. Bagaimana pula dengan nasib lagi 100 000 lepasan SPM. Jika mereka bekerja, dengan kelulusan SPM, kerja yang bagaimanakah boleh mereka lakukan? Jika menjadi buruh tanpa kemahiran, bagaimana mereka mahu bersaing dengan pekerja asing?
  • Terlalu ramai yang mendapat A dalam semua subjek menimbulkan persoalan sejauh manakah keberkesanan sistem peperiksaan kita. Memetik kata-kata seorang Professor, "Sekiranya dalam 100 pelajar ada seorang mendapat semua A, maka dia adalah pelajar cemerlang. Namun jika daripada 100 pelajar, 70 orang mendapat semua A, bolehkah kita katakan mereka ini cemerlang?" Semasa saya bersekolah dahulu, kebanyakkan rakan-rakan hanya mendapat C untuk subjek Biologi, dalam peperiksaan percubaan. Banyak juga soalan yang tidak dijawab. Namun ketika SPM, dengan mutu jawapan yang sama ramai sungguh yang mendapat A. Adik saya ketika menjelang SPM sungguh risau kerana dia tidak pernah mendapat keputusan elok untuk Biologi, rata2 mesti C. Saya katakan, InsyaALLAH kamu akan dapat A dalam SPM, ye terbukti benar dia mendapat A2 untuk Biologi dan itu jugalah satu2nya subjek yang dia mendapat A2 kerana subjek yang lain semuanya A1.
  • Para pelajar "cemerlang" ini yang mendapat semua A, kompetitif ke mereka di IPT nanti? SPM hanya menilai dari segi akademik, bagaimana pula dari aspek kekuatan emosi dan jatidiri. Pengalaman saya, ramai rakan2 yang cemerlang SPM "hanyut" di IPT. Selain itu, saya mendapati asas matematik para pelajar IPT sangat lemah dimana saya rasa berpunca daripada sekolah.
Oleh itu, buat adik2, jadikan SPM (sama ada anda berjaya atau gagal) sebagai batu loncatan untuk berjaya dalam hidup. Yakinlah, hidup seperti lari Marathon, selagi anda tidak berhenti berlari InsyaALLAH anda akan sampai ke garisan penamat. Walaupun anda tewas di 100meter yang pertama.

No comments:

Post a Comment