Thursday, July 29, 2010

Julai, bulan yang selalu diingati

Salam,

Dah hujung bulan nie mulalah memikirkan apa2 yang patut dan xpatut. Patutnye tgh fikirkan slide presentation xsiap lagi sebab hujung minggu ni nak pi Kuching ada Conference.. tak patutnye rasa sedih lak memikirkan cepatnye masa berlalu. Apa2 pun bulan nie menarik kerana dari segi sejarah banyak kejadian penting berlaku pada bulan Julai.

Tarikh paling menarik ialah 4hb Julai. Pada tahun 1187 tarikh yang sama, Sultan Salahuddin bersama tenteranya (kebanyakannya umat islam Kurdish yang bergerak daripada Damsyik) telah bertempur dalam satu peperangan besar di Hattin, menentang tentera salib dibawah pemerintahan Guy de Lusignan dan Raymond of Tripoli.
Pentingnya peperangan ini telah mengubah arus peperangan hingga membawa kepada pembukaan kota BaitulMaqdis pada 02 Oktober 1187. Kalo malas nak baca buku sejarah, tengok je filem Kingdom of Heaven...ala yang ada Orlando Bloom tu.
Selain itu, pada 4 Julai 1776, setelah habis serbuk teh dan aksi tembak2 macam dlm citer The Patriot, US mengisyhtiharkan kemerdekaan daripada England. Pada tarikh nie satu perjanjian namanya "Declaration of Independence" ditandatangani.

Dalam bulan Julai juga Hongkong merdeka dari British dan kembali kepada Kerajaan China. Hal ini berlaku pada 1 Julai 1997. Kemuncak Revolusi Perancis juga berlaku pada bulan 14hb Julai 1789 apabila penjara Bastille diserbu puak2 revolusi. Neil Armstrong jalan2 kat bulan pun pada bulan Julai gak, iaitu pada 20Julai 1969. Public enemy No.1, John Dilinger pun mati ditembak pada 22 julai 1934.John Dillinger...??ala...kalau nak tau pi tgk movie public enemy yang ada Johnny Deep tu...ala Kapten Jack Sparrow. Tapi serius, aku tgk cte nie kat wayang dgn bapak aku. gler boring sampai rasa nak tido. Anyway dah bapa aku beria ajak, aku pun teman la dia. Ha3 1st time aku blanje bapak aku tgk wayang, so mcm sweet gak la ble dikenang.

Ha nie paling penting kepada rakyat Malaysia terutama pada orang Melaka. Pada 25 Julai 1511, pakcik Al-Fonso dgn geng2 dia telah menyerang Melaka dengan seronoknya. Tak salah 3 kali je dia attack, terus tumbang satu empayar. Ish2 walau pun sedih ble dikenang, byk benda boleh kte pelajari dari kejadian tu. Nanti la aku tulis, insyaALLAH. Apa2 pun, akibat penangan pakcik Al-Fonso, sampai la ni Melaka takde Sultan. Pada hal dulu Melaka nie punye gempak empayar dia sampai ke Sumatera tu...Biasa la, dah kaya, senang, tak perlu kerja berat2 maka banyak la masa lapang. Orang masa lapang pi la berekreasi, nie org Melaka sibuk jeles menjeles sama lain. Habis2 takde point, sesama Islam pun gaduh, Melayu vs Mamak. Ok2 cukup nanti orang Melaka panas lak.

Apa2 pun Bulan Julai special sebab besday aku bulan Julai. He3 tahun nie besday yang ke-25, moga2 murah rezeki, sihat tubuh badan, rajin solat, cepat kahwin. Sekarang nie member2 aku stok dapat anak je...aku gak xkawin2 lagi.