Wednesday, March 9, 2011

Apabila pengadil tak adil

Asslamualaikum,

Semasa kecil, saya selalu mengelak untuk makan di jamuan atau pun kenduri. Selalunya, apa bila ada jamuan atau kenduri di surau, saya akan memberi laluan pada orang lain. Setelah habis sekolah menengah saya membantu pak sedara meniaga di pesto konvo UiTM. Ketika itu, asala habis sahaja sesi konvo akan ada jamuan terbuka untuk yang hadir. Saya pun mengambil makanan juga kerana makananya banyak. Ketika itu say sedar bahawa keseronokkan ketika kenduri atau pun jamuan bukan terletak pada makanan tetapi pada keseronokkan aktiviti berebut. Ha3.

Apabila saya menjejakkan kaki ke menara gading, saya melihat masyarakat disekeliling saya masih suka berebut. Bukan sahaja dalam menaiki bas ke kuliah atau jamuan di kolej dan fakulti, bahkan dalam memegang amanah dan jawatan juga perlu direbut. Dari sekecil2 jawatan diperingkat kolej hinggalah ke Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Untuk berjaya mendapatkan apa yang direbut, penonjolan adalah satu kewajipan. Maka cara mudah untuk menonjolkan diri adalah melalui aktif dalam aktiviti sama ada di kolej, fakulti mahu pun persatuan diperingkat universiti.

Saya juga turut aktif ketika belajar dulu. Namun saya hanya mengfokuskan kepada aktiviti yang boleh memberi nilai tambah kepada saya. Oleh itu saya aktif sebagai fasilitator dalam program sekolah angkat dan orientasi pelajar baru. Di kolej saya memegang jawatan sebagai exco majlis tertinggi mahasiswa. Selain itu, saya juga terlibat dalam aktiviti rekreasi seperti berkayak keliling pulau pangkor dan memanjat gunung. 4 tahun dikampus sebenarnya jika dirancang banyak aktiviti yang boleh memajukan diri dan menjadikan kita kelihatan "hebat" apabila menulis resume apabila bergraduasi nanti. Walau bagaimana pun, kesal juga saya apabila melihat rakan2 yang "terlebih aktif" hingga terabai pelajaran. Habis semua aktiviti hendak disertai, dari dikir barat, pidato, nasyid, sukan, presiden kolej, exco fakulti habis semua di'bedal'. Akibatnya, kurang masa hendak belajar.

Ketika dikampus, saya paling "benci" apabila perlu berurusan dengan Bahagian Hal-Ehwal Mahasiswa (BHEM). Bukan kerana saya ada masalah dengan staf disana, cuma saya rasa terkilan dengan karenah birokrasi untuk mendapatkan kelulusan sesuatu aktiviti. Sebagai contoh, kami ingin membuat membuat "technical visit" dan kami memerlukan kebenaran dan juga bantuan pengangkutan iaitu bas. Kerana prosedur, maka kertas kerja perlu disediakan dan juga lampiran borang permohonan penggunaan bas. Jika aktiviti fakulti maka segala surat perlu melalui ketua jabatan, kemudian melalui timbalan dekan kemudian ke pejabat dekan. Barulah surat boleh dihantar ke pejabat TNC HEP aka BHEM. Bayangkan, setiap borang, surat dan kertas kerja perlu melalui ke semua "pit stop"untuk kelulusan. Masa sangatlah banyak terbuang kerana "melayan" karenah2 ini. Itu belum lagi kesengsaraan yang dilalui oleh rakan2 yang perlu menguruskan aktiviti tahunan seperti Jamuan Kolej. Kertas kerja lengkap dengan aturcara dan anggaran kos perlu disediakan. Lebih menggelikan hati, jika memohon bantuan kewangan, katakan RM2000, percayalah anda hanya akan dapat dalam RM200 ke RM 5oo. Itupun apabila tuntutan yang dibuat perlu disediakan dengan laporan lengkap beserta resit perbelanjaan yang original. Maka tidak hairanlah, rakan2 saya ramai yang sangat "tertekan" apabila perlu menjadi pengarah sesuatu aktiviti. Lagi memeningkan kepala apabila surat atau proposal yang telah sampai ke final pit stop di BHEM tiba2 didapati ada kesalahan typing error atau grammar error. Yeah print kembali semua dokumen tersebut dan silalah melalui kembali ke semua "pit stop" yang baru sahaja dilalui tadi.
Pintu kaca pejabat BHEM yang pecah berderai


Pada minggu lalu saya berjumpa dengan rakan yang masih menjadi pelajar di UPM. Secara automatik saya bertanyakan tentang kemelut yang berlaku di upm hingga pintu pecah berderai dan ada staf yang "diberitakan" cedera sangat teruk hingga perlu kepada laporan polis. Setelah diceritakan maka fahamlah saya akan kisah sebenarnya seperti kisah lama berulang kembali. Umpama dalam permainan bola sepak, apabila pengadil perlawanan sudah tidak adil maka pasukan yang dizalimi akan bertindak balas. Paling minima sudah pasti pengadil tersebut akan dirembat denga bola hingga "koma" seketika. Begitulah yang berlaku di UPM. Para pelajar yang bertanding pilihanraya, pengurus pilihanraya sibuk memberi label kepada pelajar yang bertanding. Pro universiti atau pun pro pembangkang dimana hingga kini saya tertanya2 berapa banyakkah wang yang dihulur parti pembangkang kepada pelajar2 ini. Namun yang menarik dalam isu ini apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi membidas sikap pengurusan universiti dalam menangani isu ini. Sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini dan ini sudah lebih dari cukup memberikan kemenangan moral kepada para pelajar yang dilabel pro pembangkang.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah

Apa-apa pun, siapalah saya dalam isu ini. Hanya sebagai alma mater yang ingin melihat UPM terus gah bukan sahaja di Malaysia bahkan keseluruh dunia. Mudahkanlah proses untuk para pelajar menjalankan aktiviti, terutama aktiviti berulang seperti jamuan kolej yang setiap tahun mesti diadakan. Suka juga sekiranya pihak BHEM dan para pelajar dapat bermuzakarah supaya aktiviti yang lebih berkualiti dan memberi nilai tambah kepada pelajar dapat diperbanyakkan dan aktiviti2 berulang seperti jamuan dan yang diadakan dalam waktu pejabat seperti Lawatan teknikal dapat dipermudahkan.

Rujukan:
  1. The Star, 26 Februari 2011
  2. http://promahasiswaupm.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment