Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Asslamualaikum,

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang telah mengizinkan daku bertemu Ramadhan lagi pada tahun ini, 1431H. Secara peribadi, Ramadhan sangatlah istimewa buat daku kerana pada bulan ini suasana ibadah sangat mekar.

Jika selama ini surau2 setakat 2 saf, tiba2 semalam sempena 1st day terawih surau terasa sangat la kecil. Jemaah lelaki bersaf2, ruang bagi wanita terpaksa ditambah. Yang tak pernah turun ke surau tiba2 memuncul kan diri. Ustaz2 dan pengerusi surau yang selama ini sibuk dgn urusan lain pun kembali "menyibukkan" diri di surau masing2.

Kalau dahulu jika kuliah maghrib "terbabas" ke pukul 9pm ramai lah jemaah yang mula gelisah. Muka berkerut2 menahan lapar. Yang muda pula teringat cerita tv yang kemungkinan besar terpaksa ditonton di "catch up tv". Tetapi di bulan Ramadhan, terawih la hingga ke pukul brape pun, jemaah semua pun steady2 belaka. "La...baru pukul 10pm, awal lagi". Kalau bukan bulan ramadhan alamatnya matilah ustaz di"hamput" para jemaah. Selesai terawih diteruskan pula dengan tadarus.

Kalau bukan bulan Ramadhan, nak baca semuka pun payah, tapi bulan Ramadhan nie setakat satu juzuk tu biasa sangat la. Ada kalangan makcik2 yang dah pencen siap buat grup tadarus tak sampai 20Ramadhan dah kahatam satu quran. Dahsyat betul makcik2 nie. Selesai bertadarus dalam pukul 11pm, muka pun dah toya, mata pun dah kelat naik je rumah terus tidoq.

Kalau bulan lain, nak bangun Subuh punya la berat. Bilal kat surau dah habis pitching jerit "as solah tu khairum minan naum..", dok golek2 lagi atas katil. Tapi masuk aje bulan Ramadhan, pukul 4 a.m mata dah segar, gigi dah gosok. Yang berkeluarga tu dapur dan kuali mula la berdentum dikerjakan. Kalau yang bujang berbekalkan jaket dan sekeping not RM10, habis kedai2 dijelajahi. Habis2 takde pun kedai yang buka, mamak pasti buka.

Selesai sahur, bilal pun dah azan, alang2, "shoot" terus ke surau. Alahamdulillah kalo sebelum nie jemaah setakat 2-3 orang, masuk Ramadhan nie Subuh setakat 2 saf tu takde hal la. Selesai Subuh pula ada yang mengaji ramai juga yang terus ke tempat kerja dan agak banyak juga yang "qada" balik waktu tidur yang hilang.

Sampai ditempat kerja, cukup aje waktu tengahari penuh la surau2 diofis. Belum masuk waktu Zuhur pun surau dah meriah, ada yang mengaji namun lebih ramai lagi yang berehat + tidur. Justifikasi mereka, tidur sebelum Zuhur kan sunat. Hakikatnya...puasa, penat. Masuk waktu zuhur, bilal azan je maka semua pun bangun seperti orang yang dibangkitkan apabila malaikat meniup sangkakala buat kali kedua. Alhamdulillah solat Zuhur meriah dengan jemaah yang bertambah, kadang kala terpaksa menunggu giliran. Al maklum surau ofis kan kecik.

Rata2 majikan membenarkan pekerja pulang awal, maka tepat 4.30pm berbondong2 la semua keluar dari ofis. Bukan terus ke rumah, singgah dahulu ke bazar ramadhan. Maka terliur la semuanya melihat ayam yang digolek2, kuih yang berwarna warni, air yang pelbagai rasa, nasi, mee, bihun, apa sahaja semuanya pun ada. Nafsu pun mula lah menguasai diri......"bang ayam golek sekor, nasi kerabu + lada solok satu, tepung pelita 2ringgit, tepung talam singgit, popia basah 2ringgit, air tebu 2ringgit, lai chi kang satu, air soya + tau fu fa satu"...., not RM 50 melayang begitu saja. Sampai dirumah solat asar dulu, sambil menunggu waktu berbuka mata "liar" melihat pelbagai menu di atas meja. Tepat saja masuk waktu maghrib, doa dibaca makanan "dibedal"...eerrrkkk...Alhamdulillah dengan sekali harung, tamatlah "riwayat" makanan2 tadi. Perut yang sendat terasa berat ketika solat maghrib, menjelang terawih mata mula menjadi kuyu..Dari 20 rakaat yang termampu hanyalah 8 rakaat sahaja. Alhamdulillah....Tadarus, hm alahai berat benar mata nie.

Begitu lah Ramadhan, yang teristimewa. Syukur pada MU kerana menghadirkan Ramadhan dalam hidupku. Moga2 Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat diriku dari segi ibadah dan amalan.