Saturday, March 12, 2011

BENCANA ALAM, bagaimanakah kita bertindak


Assalamualaikum,

Pertama, saya mengucapkan takziah buat warga Jepun yang dilanda bencana gempa bumi disusuli dengan kejadian tsunami pada hari jumaat yang lalu. Begitu dahsyat gegaran pada 8.9 Skala Richter mengakibatkan tsunami setinggi 10metre melanda perairan timur Jepun. Sehingga hari ini, saya difahamkan gegaran susulan pada 6 skala Richter masih dirasai dan sebuah loji janakuasa nuklear meletup menimbulkan ancaman radiasi hingga memaksa Kerajaan Jepun mengisytiharkan darurat di kawasan terbabit. Kematian setakat ini sudah lebih 1000 orang dan dijangka lebih lagi kematian akan ditemui berikutan dianggar 10,000 orang masih lagi hilang.



Gambar di atas adalah kontena-kontena yang berselerak
akibat hentaman tsunami. Kelihatan seperti LEGO
Kereta dihanyut tsunami tersangkut atas bumbung rumah.
Pandangan dari udara kawasan dilanda tsunami.

Walau bagaimanapun, saya berasa kagum dengan orang Jepun mengenai persediaan mereka menghadapi bencana dan bagaimana mereka bertindak menghadapinya. Kita melihat apabila amaran tsunami dikeluarkan, semua orang bertindak pergi ke tempat "selamat". Sesuatu yang berbeza di negara seperti Indonesia, dimana gunung berapi dah meletup masih enggan berpindah. Selain itu, setelah bencana, rakyat dan pihak berkuasa tahu apa yang perlu dilakukan dan sangat profesional dalam mendahulukan mangsa bencana daripada ahli keluarga. Semasa bencana tsunami melanda negara dulu, didapati ada penghulu kampung yang menyimpan barang2 sumbangan seperti tilam, selimut, etc untuk ahli keluarga sendiri walaupun ahli keluarga terbabit tak terlibat pun dengan bencana tsunami.

Bot memadam kebakaran selepas gempa.
Pasukan Penyelamat menyelamatkan mangsa tsunami.

Bencana melanda tanpa diduga. Negara kita aman dan damai menjadikan kita kurang kesedaran untuk membuat pelan tindakan apabila berlaku bencana seperti banjir dan kebakaran. Maka biasalah kita mendengar orang mati semasa kebakaran akibat terperangkap di dalam rumah. Teringat semasa duduk di Serdang, saya pernah menjadi mangsa banjir kilat. Habis barangan didalam rumah. Mujurlah kereta sempat dialihkan. Jiran saya, mungkin belajar daripada kejadian lalu telah meninggikan lantai rumah dan memasang bendul di pintu rumah setinggi setengah kaki. Maka pada hari kejadian, kawasan sekitar banjir dengan sangat teruk, dalam rumah beliau kering dan selamat.

Oleh itu, belajarlah untuk merancang menghadapi bencana, terutama banjir dan kebakaran.

No comments:

Post a Comment