Sunday, March 20, 2011

Skala Richter

Assalamualaikum,

Sejak kejadian gempa di Jepun nie, ramai sungguh yang "bertambah pengetahuan". Ye la, dulu xkisah sangat pasal gempa dan nuklear, selepas kejadian ni semakin ramai yang prihatin tentang isu2 bencana alam ni. Ok sekadar berkongsi, ini adalah kisah tentang skala richter, bukan apa nanti tak lah kalo kawan2 oversea cter gempa 4 skala richter korang dah bayang macam teruk la sangat.

Skala Richter nie hanya sampai sepuluh je. Setakat nie paling tinggi berlaku kat Chile pada 1960 iaitu 9.5. Kat Jepun hari tu 8.9 dan berlaku kat laut, sebab itulah ada tsunami. Ok inilah skalanya:

<2.0 = Kecik sangat, xrasa pun
2-2.9 = Rasa sikit2 tapi bolehlah dikesan oleh seismograph
3-3.9 = Bolehlah bagi barang atas meja goyang2 dan kemudian jatuh.
4-4.9 = Ada rasa brg2 dalam rumah bergegar.
5-5.9 = Kalo bangunan tu tak direka untuk tahan gempa, comfirm boleh rosak.
6-6.9 = Ni dah kategori kuat nie.
7-7.9 = Ha, nie boleh merosakkan bangunan dengan sangat teruk.
8-8.9 = Nie kes serius ni, boleh menyebabkan kerosakan pada kawasan yang lebih luas.
9-9.9 = Nie kire pasukan penyelamat datang bwk "bulldozer" je lah.
10++ = Xde sape pernah rekod lagi.

Jadi, kepada sesape yang nak tahu dengan lebih jelas, silalah google sendiri ye.

No comments:

Post a Comment