Wednesday, January 5, 2011

Kejadian meng"hiris" hati di minggu pertama Januari 2011

Assalamualaikum,

Nasihat ayah, "lebih bijak belajar daripada kesilapan orang lain kerana belajar daripada kesilapan sendiri harganya sangatlah mahal". Satu perkara yang menarik tentang ayah, beliau belajar setakat SPM sahaja, tetapi nasihat dan kata-kata daripada abah seperti (dan selalunya lebih bagus) pakar motivasi, kaunselor, yang selalu muncul kat televisyen. Senang cerita, kami mempunyai "Dr. Fadzillah Kamsah" di rumah kami.

Pada minggu lepas, aku ada tugasan yang pada pandangan aku tak susah sangat. Seperti biasa, menjadi 'tabiat' aku untuk menangguh kerja. Tambahan cuti bola+new year+weekend memang melalaikan. Akhirnya, pukul 11pm hari Ahad baru nak buat. Ketika itu, barulah aku sedar kerjaku ini walaupun tidak sumit, tetapi kerjanya remeh. Buat punya buat sedar2 dah Subuh, alamak keje xsiap. Nasib la boleh postpone dateline. Maka keseluruhan hari Isnin digunakan untuk menyiapkan kerja. Hari selasa, kerjaku selesai. Sedang aku cuba mem"print" kerjaku, file kerjaku tiba2 tidak boleh dibuka. aaarrrrggggghhhhh...!!!..Kene buat balik, menjelang tengahari barulah berjaya mem'print'. Bergegas aku berjumpa dengan 'bos'. "Ok kita jumpa di Lab", kata 'bos'. Aku sampai di Lab pukul 2.15-2.20pm. Tunggulah daku di ofis dari pukul 2pm membawa ke pukul 3pm, sedar2 dah pukul 5pm. "Dr., saya pergi solat dulu ye", sms saya kepada 'bos'. "La, saya ke lab tadi pukul 2pm takde orang, saya terus naik ke ofis. Esok sajalah, kul 11a.m", sms balas daripada 'bos'.

Walaupun kerjaku mendapat pujian daripada 'bos', hakikatnya kalau aku terus menyiapkan kerjaku awal2, hari Isnin aku sudah boleh membuat kerja2 lain yang menuntut perhatian daripadaku.

Moral of the story, "jangan bertangguh. bertangguh kerja itu pencuri masa" Takde sape suka kat pencuri, apatah lagi menjadi mangsa pencuri.

No comments:

Post a Comment