Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Yesterday already a history.

Tomorrow still a mystery.

The only time I have is today.

Assalamualaikum,

Semasa saya masih bersekolah, ayah ada membelikan saya sebuah buku motivasi. Dalam banyak kata2 manis daripada buku tersebut ada satu kata2 hikmat yang saya ingat hingga sekarang. “Hari ini bernilai 2 esok. Apa yang berlaku pada hari esok ditentukan apa yang anda lakukan pada hari ini. Tiada guna mengenang hari semalam kerana apa yang telah berlaku, manis mahupun pahit terus kekal sebagai sejarah. Masalah saya sedari kecil saya sangat tidak menghargai masa. Kerja yang boleh saya siapkan awal, ditangguh hingga ke saat2 terakhir. Masa2 lapang digunakan membuat aktiviti sia2. “Bertangguh itu pencuri masa” Sememangnya benar.

Oleh itu, tahun ini saya berazam untuk lebih menghargai masa. Live my life everyday to the fullest. Siapkan kerja secepat mungkin. Jauhi aktiviti sia2. Kurangkan tidur, banyakkan kerja.

Live today to the fullest

Selamat Tahun Baru 2011…!!!

No comments:

Post a Comment