Thursday, April 7, 2011

Industri Pertahanan, suatu refleksi

Assalamualaikum,

Sebelum ini saya telah pun menyiarkan 2 artikel yang dipetik daripada Majalah Tempur khusus membicarakan tentang industri pertahanan negara. Apabila berbicara tentang isu pertahanan atau lebih tepat isu ketenteraan, kita perlu lebih jelas tentang MENGAPA perlu kita membina industri pertahanan sedangkan membeli dipasaran terbuka adalah lebih murah apatah lagi membeli dipasaran gelap.

Industri Pertahanan, KENAPA perlu dimajukan.

Dalam konflik ketenteraan, untuk memenangi setiap pertempuran, elemen-elemen seperti MOBILITI anggota tentera, KUASA TEMBAKAN yang dilepaskan kepada pihak musuh, PERTAHANAN yang kukuh, PENDERIAN (sensoring) terhadap kemaraan musuh, dan KOMUNIKASI antara setiap unit tentera adalah elemen-elemen yang mesti diberikan perhatian. Walaubagaimana pun, sehebat manapun sesebuah batalion atau armada ketenteraan tidak akan berjaya memenangi sesebuah peperangan sekiranya tidak mempunyai sistem LOGISTIK yang menyelurh. Sebagai sebuah angkatan tentera bagi negara yang merdeka, maka ATM mestilah mempunyai sistem logistik yang menyeluruh dan pelengkap bagi sistem logistik angkatan tentera sesebuah negara adalah industri pertahanan.

Cuba bayangkan situasi sekiranya untuk menyediakan peluru bagi meriam dan senapang pun kita terpaksa mengimport dari negara luar, mampukah kita mempertahankan diri jika negara kita dikenakan sekatan. Bayangkan pula negara pembekal kini menjadi negara musuh, kemanakah mahu kita mendapatkan bekalan peluru. Saya mengambil contoh peluru kerana secanggih manapun sesebuah angkatan tentera, peluru untuk senapang (raifal) dan meriam adalah suatu kewajipan. Itu baru dari aspek peluru, bagaimana pula dari aspek kelengkapan lain seperti penyelenggaraan jet pejuang, komponen alat ganti jet pejuang, kapal perang, kereta kebal, etc. Mungkin kita tidak mampu membina jet pejuang atau kereta kebal, tapi takkanlah nak tukar "spark plug" kereta kebal, atau nak tukar "skru" jet pejuang pun perlu dihantar ke luar negara. Jika kapal terbang AirAsia takpelah hantar ke Singapura untuk proses selenggaraan tapi takkanlah MIG-29 atau Sukhoi-30MKM pun nak dihantar ke Singapura untuk selenggara jugak. Inilah aspek "logistik" bagi angkatan tentera yang mesti di"merdekakan" daripada terus bergantung kepada negara luar.

Bagi tujuan ini saya mengucapkan syabas bagi pihak tentera laut (navy) dan tentera udara (airforce) yang pada pandangan saya menunjukkan muafakat yang elok antara pihak tentera dan pihak industri. Sebagai contoh kerjasama antara pihak navy dan Boustead Holdings melalui anak syarikatnya BHIC telah berjaya menyiapkan 6 buah kapal NGPV kelas Kedah dan kini telah diberi tanggungjawab untuk meneruskan program kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang mampu menangani serangan 3 dimensi (serangan kapal permukaan, kapal selam dan udara). Walaupun isu kos yang menelan hampir RM1 bilion bagi setiap kapal menjadi kecaman pihak tertentu namun perlu diingat kos ini adalah anggaran bagi kapal yang lengkap dengan senjata. Sebagai perbandingan, sebiji peluru berpandu SSM TOMAHAWK milik USA berharga USD1.5 million (betulkan jika saya tersilap). Pihak airforce pula dengan kerjasama syarikat ATSC berjaya menyelenggara jet MIG-29 dengan baik sekali hingga berjaya merekodkan jumlah penerbangan terbanyak bagi kategori MIG-29. Kini program diteruskan lagi dengan jet pejuang Sukhoi-30 MKM dan naik taraf bagi jet pejuang MIG-29. Cuma sebagai penambah baikkan, adalah lebih elok jika kerajaan menggantikan pesawat MIG-29 dengan pesawat yang baru jugak dari Rusia sebagai satu kesinambungan dan kemudahan perolehan logistik.






Namun perkara sebaliknya berlaku didalam cabang tentera darat yang merupakan tonggak bagi Angkatan Tentera Malaysia, ATM. Saya secara peribadi sangat tidak berpuas hati tentang polisi tentera darat dari aspek perolehan aset dan juga hubungan dengan pihak industri. Sebagai contoh, senapang (rifle) bagi anggota infantri. Setelah lebih 50 tahun merdeka, kita masih gagal menghasilkan rifle kita sendiri sedangkan jiran tetangga kita seperti Singapura dan Indonesia telah pun mempunyai rifle buatan sendir, jika tidak pun yang dilesenkan. Sedangkan kita masih lagi perlu mengimport. Bermula dari M16a1 ke Steyr AUG kini ke M4 pulak, ke manakah hala tuju kita sebenarnya? Begitu juga dengan perolehan kereta perisai Adnan dimana setelah perolehan lengkap, pihak industri iaitu DEFTECH dibiarkan tanpa sebarang kontrak.
AFV Adnan

Oleh itu, sebagai tonggak kepada pertahanan negara, tentera darat mungkin boleh belajar mengenai polisi yang lebih mesra industri seperti yang dipraktikkan oleh cabang tentera laut dan tentera udara. Kini kerajaan telah bersedia mengeluarkan bajet untuk armoured vehichle 8 tyres (AV8) melalui kerjasama dengan FNSS dari Turki. Saya berharap program ini adalah suatu program berterusan seperti yang dilakukan oleh Navy-BHIC. Gambar di bawah adalah contoh AV8 kepunyaan USA iaitu stryker lengkap dengan jaring penghalang RPG (sangat buruk, mungkin pihak DEFTECH boleh lebih inovatif dalam membuat pembaharuan dalam menangani ancaman RPG dan IED untuk pasaran eksport) dan variasi turet untuk penderiaan (radar), kuasa tembakan (meriam, mesingan, mortar, etc) dan pertahanan udara (surface to air misiles SAM), eh xde pulak dalam gambar yang lengkap dengan SAM, sori.







No comments:

Post a Comment