Wednesday, March 9, 2011

Maafkanlah saya

Assalamualaikum,

Ketika ini ada 2 perkataan yang sedang bermain diminda saya. Pertama ialah DISIPLIN dan yang kedua ialah ISTIQAMAH. Disiplin ialah perkara atau perbuatan rutin harian yang dilakukan berulang-kali pada setiap hari dan jika tidak dilakukan akan dianggap pelik dan dilihat seolah-olah melakukan kesalahan.* Sebagai contoh bangun awal setiap pagi, menggosok gigi sebelum tidur, berpakaian kemas apabila keluar rumah, etc adalah contoh perbuatan yang dilakukan berulang-kali dan sering kali dikaitkan dengan perkataan disiplin. Oleh itu, apabila seorang pelajar datang lewat ke sekolah maka dia dikatakan mempunyai masalah disiplin. Kanak-kanak yang tidak menggosok gigi sebelum tidur juga dikaitkan dengan disiplin. Manakala ISTIQAMAH ialah melakukan sesuatu secara berterusan atau dalam bahasa Inggeris, consistency. Bak kata pepatah, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" ajaran Islam amat mementingkan + menghargai orang yang istiqamah (consistent) dalam beribadah. Apabila sebuah perbuatan yang dilakukan secara istiqamah, lama kelamaan ia akan menjadi satu disiplin dalam kehidupan individu berkenaan.

Apabila saya mula menulis blog ini, menjadi niat dihati untuk menulis blog ini secara istiqamah. Hakikatnya, pada bulan Februari lalu saya langsung tidak ada apa2 posting. Oleh itu, kini saya meletakkan syarat pada diri saya untuk sekurang-kurangnya memberi satu post pada setiap minggu. Semoga saya dapat memenuhi syarat ini. Menjadikan perkongsian dilaman blog ini bukan lagi secara istiqamah tetapi lebih kepada disiplin dalam hidup.

*Ini adalah tafsiran melalui pemahaman saya sendiri. Rujuklah kamus dewan untuk makna yang lebih tepat.

Disiplin dan Istiqamah, memang kelemahan saya.

Wednesday, January 5, 2011

Kejadian meng"hiris" hati di minggu pertama Januari 2011

Assalamualaikum,

Nasihat ayah, "lebih bijak belajar daripada kesilapan orang lain kerana belajar daripada kesilapan sendiri harganya sangatlah mahal". Satu perkara yang menarik tentang ayah, beliau belajar setakat SPM sahaja, tetapi nasihat dan kata-kata daripada abah seperti (dan selalunya lebih bagus) pakar motivasi, kaunselor, yang selalu muncul kat televisyen. Senang cerita, kami mempunyai "Dr. Fadzillah Kamsah" di rumah kami.

Pada minggu lepas, aku ada tugasan yang pada pandangan aku tak susah sangat. Seperti biasa, menjadi 'tabiat' aku untuk menangguh kerja. Tambahan cuti bola+new year+weekend memang melalaikan. Akhirnya, pukul 11pm hari Ahad baru nak buat. Ketika itu, barulah aku sedar kerjaku ini walaupun tidak sumit, tetapi kerjanya remeh. Buat punya buat sedar2 dah Subuh, alamak keje xsiap. Nasib la boleh postpone dateline. Maka keseluruhan hari Isnin digunakan untuk menyiapkan kerja. Hari selasa, kerjaku selesai. Sedang aku cuba mem"print" kerjaku, file kerjaku tiba2 tidak boleh dibuka. aaarrrrggggghhhhh...!!!..Kene buat balik, menjelang tengahari barulah berjaya mem'print'. Bergegas aku berjumpa dengan 'bos'. "Ok kita jumpa di Lab", kata 'bos'. Aku sampai di Lab pukul 2.15-2.20pm. Tunggulah daku di ofis dari pukul 2pm membawa ke pukul 3pm, sedar2 dah pukul 5pm. "Dr., saya pergi solat dulu ye", sms saya kepada 'bos'. "La, saya ke lab tadi pukul 2pm takde orang, saya terus naik ke ofis. Esok sajalah, kul 11a.m", sms balas daripada 'bos'.

Walaupun kerjaku mendapat pujian daripada 'bos', hakikatnya kalau aku terus menyiapkan kerjaku awal2, hari Isnin aku sudah boleh membuat kerja2 lain yang menuntut perhatian daripadaku.

Moral of the story, "jangan bertangguh. bertangguh kerja itu pencuri masa" Takde sape suka kat pencuri, apatah lagi menjadi mangsa pencuri.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Yesterday already a history.

Tomorrow still a mystery.

The only time I have is today.

Assalamualaikum,

Semasa saya masih bersekolah, ayah ada membelikan saya sebuah buku motivasi. Dalam banyak kata2 manis daripada buku tersebut ada satu kata2 hikmat yang saya ingat hingga sekarang. “Hari ini bernilai 2 esok. Apa yang berlaku pada hari esok ditentukan apa yang anda lakukan pada hari ini. Tiada guna mengenang hari semalam kerana apa yang telah berlaku, manis mahupun pahit terus kekal sebagai sejarah. Masalah saya sedari kecil saya sangat tidak menghargai masa. Kerja yang boleh saya siapkan awal, ditangguh hingga ke saat2 terakhir. Masa2 lapang digunakan membuat aktiviti sia2. “Bertangguh itu pencuri masa” Sememangnya benar.

Oleh itu, tahun ini saya berazam untuk lebih menghargai masa. Live my life everyday to the fullest. Siapkan kerja secepat mungkin. Jauhi aktiviti sia2. Kurangkan tidur, banyakkan kerja.

Live today to the fullest

Selamat Tahun Baru 2011…!!!

Thursday, December 30, 2010

Bye2 2010....2011 Here I come

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar hari ni dah sampai penghujung 2010. Seperti biasa, dah sampai ke hujung jalan ni sudah pasti kita akan mengingat kembali permulaan perjalanan ini. Bagi saya 2010 ini merupakan tahun yang sangat menarik buat diri saya. Julai 2010 genaplah setahun saya menyambung pengajian master di UPM. Pada awalnya saya berhasrat untuk membuat pengajian berkaitan biokomposit. Namun ALLAH maha mengetahui dan maha bijaksana saya secara tiba2 sahaja beralih arah kepada penyelidikan mengenai getaran (vibration). Walaupun susah, banyak ilmu berguna yang dipelajari. Tahun ini juga saya berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Sarawak. Memang seronok sebab sudah lama tidak menaiki kapal terbang dan yang lebih menarik perjalanan ini ditaja hampir 100%. Seingat saya, wang saya hanya keluar untuk membeli cenderehati dan ole-ole untuk keluarga. Masuk ke Perkampungan Budaya pun ditaja. Syukur Alhamdulillah. Tahun ini juga saya telah menghabiskan keperluan mengambil subjek sebanyak 12kredit bagi pengajian master dengan mendapat A & A- bagi setiap subjek yang diambil. Alhamdulillah. Tahun ini juga buat pertama kalinya saya menjadi guru tuisyen untuk mengajar tuisyen bagi subjek Fizik. Semoga anak2 muridku mendapat keputusan yang cemerlang terutama bagi subjek fizik, amin... Namun yang paling bermakna bagi saya ialah mengikat tali pertunangan dengan insan yang amat saya sayangi. Pengalaman menyatakan hasrat hati kepada keluarga untuk bertunang, memohon kebenaran daripada ayah untuk meminang, membeli cincin dan barang2 pertunangan masih segar difikiran. Terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh ahli keluarga, terutama ibu dan ayah yang telah banyak bersusah-payah untuk urusan pertunangan ini. Tidak dilupakan buat kakakku terutama kaklong yang telah menyediakan barang2 hantaran.

Tahun ini saya genap 25 tahun. Satu umur pada pandangan saya turning point bagi kehidupan setiap orang, terutama bagi lelaki. Pada usia 25tahun, abang ipar saya sudah menimang cahaya mata, bergelar senior engineer di sebuah MNC di Penang, mempunyai kereta dan yang lagi best sudah membeli sebuah kondominium di Penang. Saya........????? Belajar pun tak habis, kerja pun belum, aset apa pun tiada, wang simpanan yang tak banyak mana. Tiba-tiba perlu berkahwin. Memang perit dan ngilu hati ini bila difikirkan. Lebih memilukan apabila melihat rakan-rakan sekarang semuanya berpendapatan lebih daripada Rm3k dan semuanya sudah hendak menimang cahaya mata. Saya....???? Melihat rakan2 sepengajian sedang rancak menulis Jurnal dan tesis lagilah menambah parah dihati saya.

Itulah lumrah kehidupan. Sempurna dan bijaknya ciptaan ALLAH di bumi ini terletak kepada ketidak sempurnaan. Diberi pelbagai nikmat disamping itu diselit juga dengan pelbagai ujian. Diberi bermacam2 kelebihan disertakan juga dengan beberapa kekurangan. Kemana sahaja kita pergi, apa jua yang kita lakukan pasti ada kelebihan serta kekurangan tersendiri. SubhanallahMaha Suci ALLAH yang padaNYA tiada suatu pun kekurangan mahupun kecacatan. Terpulanglah pada kita sama ada mahu bersyukur diatas segala nikmat dan kelebihan yang sudah diberi atau pun merungut dan memprotes tak puas hati dengan apa yang tidak dimiliki.

Bagi saya, yang positif itu lebih seronok dan best untuk dikenang dan difikirkan. Saya percaya insyaALLAH pada masa hadapan kehidupan saya akan bertambah baik dan seronok. Moga2 Allah memberi saya hidayah untuk menjadi hambanya yang bersukur.

2011......here I come..!!!!

Tuesday, October 19, 2010

Institusi Kekeluargaan: Ibarat Telur Dihujung Tanduk

Assalamualaikum,


Hari ini, Alhamdulillah saya ada sedikit kelapangan. Mengisi kelapangan tersebut sambil membaca hampir ke semua surat khabar di perpustakaan. Tiba-tiba saya terlihat artikel berkenaan titah Baginda Raja Muda Perak. Baginda menzahirkan kebimbangan tentang kadar penceraian yang semakin meningkat. Statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara, JPN pada tahun 2002, penceraian dikalangan bukan Islam adalah sebanyak 2706, pada tahun 2009 pula adalah sebanyak 5647 kes. Statistik daripada JAKIM pula, pada tahun 2002, kes penceraian dikalangan orang Islam adalah sebanyak 13,397 kes, pada tahun 2009 pula 27 116 kes, peningkatan sebanyak 102%. Secara keseluruhan, pada tahun lepas 82% kes penceraian adalah melibatkan orang Islam.

Jesteru, apa isunya disini..???

Memetik kata-kata Sheikh Hassan Al-Banna, " Asas bagi sesebuah masyarakat adalah keluarga"..Ibarat rumah, rosak asas (foundation) rumah tersebut , belum sempat naik bumbung dah runtuh. Begitu jugak bagi negara kita Malaysia. Asas negara adalah masyarakat yang menjadi warganegara. Asas pada masyarakat adalah keluarga. Rosak keluarga, rosaklah masyarakat. Rosak masyarakat, hancurlah negara. Dalam kita sibuk mengejar habuan ekonomi, kebahagian hidup berkeluarga terpaksa kita korbankan.

Berbaloikah begitu...???......renungkan

Statistik daripada pihak polis, kes juvana (jenayah melibatkan pesalah bawah umur) meningkat sebanyak 20% daripada 5114 kes pada 2007 kepada 6048 pada 2009. Selain itu, kesalahan jenayah seperti rogol, rompakan bersenjata, etc meningkat daripada 1662 kes kepada 2394 kes dalam tempoh yang sama. Lebih mengejutkan, kanak-kanak berumur 7 hingga 10 pun turut terlibat dalam jenayah mencuri, merompak dan merogol.

Bayangkan, budak-budak darjah satu merogol. Akil baligh pun tidak lagi dah pandai merogol. Bayangkan budak darjah 2 merompak. Sifir 2x2 pun tak habis hafal dah pandai merompak. Bayangkan budak2 ini menghabiskan zaman persekolahan di sekolah pemulihan seperti Sekolah Henry Gurney. Bayangkan, habis tempoh tahanan, tanpa kelulusan akademik, tanpa kemahiran, yang ada hanya rekod jenayah ke mana mereka hendak pergi. Bayangkan pekerjaan apakah yang boleh mereka lakukan.

Bayangakan....!!!

Berikut adalah artikel daripada New Straits Times, moga2 menjadi ingatan pada kita semua.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Alarming collapse of family unit

IPOH: The Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, yesterday expressed concern over the alarming divorce rate among Muslims and non-Muslims alike, and the rising number of crimes involving youngsters over the last few years.

He said that the increase in these two areas was due to the breakdown in the family institution and the collapse in the practice of correct moral values.

Calling on Malaysians to pay greater attention to what was happening around them, he said emphasis must be on disseminating correct moral values and strengthening the family institution to tackle rising divorce and crime rates.


"The rising trends showed the collapse of moral values and the fragility of the family institution.

"These are due to urbanisation, negative culture, an uncurbed entertainment industry, poverty and also the feeling of being sidelined from the rapid development around them.

"These are among the factors that have become the causes of the limping and faltering society of today," he said at the opening of the 173rd conference of the Perak Malay Customs and Islamic Religious Council (MAIAMP) here, yesterday.


Raja Dr Nazrin said statistics provided by police showed juvenile crimes had increased by 20 per cent from 5,114 in 2007 to 6,048 in 2009.

In the same period, violent crimes such as rape, outraging of modesty and armed robbery increased from 1,662 to 2,394 cases.

"Most shocking is that children between the ages of 7 and 10 were also involved in stealing, robbing and rape.


"The rate of divorce is also higher than the percentage of marriages.

"While marriages recorded an increase of 21 per cent, from 153,318 in 2002 to 199,586 in 2009, the rate of divorces rose by 105 per cent from 16,016 to 32,763 during the same period.

"The rate of divorce is rising alarmingly. In 2002, the ratio of divorces to marriages was 1:9.6, which increased to 1:6.1 last year.

"In 2002, the National Registration Department registered 2,706 divorces among non-Muslim spouses. This increased to 5,647 last year."

Raja Dr Nazrin said the statistics provided by the Department of Islamic Development saw divorces rising by 102 per cent between 2002 and last year, from 13,397 to 27,116.

"This means that last year, 82 per cent of the total divorces took place among Muslim spouses."

Raja Dr Nazrin stressed the younger generation needed help to develop their potential.

The line of communication between generations should be simplified and expanded so that any communication gap could be narrowed, he pointed out.

"I call on the various discussion workshops to spark new ideas, to propose innovative programmes to strengthen the family institution, to instil good moral values and close the communication gap between the generations.

"It is my intention and hope to see the participation of young people in the discussion workshops.

"The younger generation should be given the space to enable them to create new ideas in an open and frank manner."



Read more: Alarming collapse of family unit http://www.nst.com.my/nst/articles/23drs/Article/#ixzz12nSbnrsf

Sunday, September 26, 2010

Getting a DSLR camera


Getting a DSLR camera


DECIDE first on your budget and requirements for a DSLR camera, and the rest comes easy, writes IZWAN ISMAIL.



Capt2
Play around with the cameras for a few minutes

AFTER years of using a compact digital camera, you finally want to get a supposedly "better" one, the digital single lens reflect camera, or dSLR.

You might have hundreds of questions - the foremost surely is which one to buy. And with a wide range of brands available in the market, choosing one is definitely tough.

Where to start?

If you are a beginner to dSLRs, the wisest thing to do is to get yourself a beginners´ model.

Having said that, this does not mean that these cameras take lousy pictures. They are all good cameras and capable of producing really nice pictures - anytime better than the compact cameras.

If you are not convinced, the next logical move is to invest in an intermediate model.

These intermediate models may cost a few hundred ringgit more than the basic model, but they make a worthy investment.

Trends among dSLR hobbyists over the years show that the majority of them would upgrade to a more advanced camera bodies only after a few months or a year of using their beginner models. Unlike compact cameras, once you start using a dSLR camera, you will grow into it, and many people will outgrow their beginner models faster than they ever thought.

Furthermore, because of their more advanced features, an intermediate dSLR camera may last you for a few years before you jump into the semi-pro side.

Selecting your dSLR

If you have the means, go for the best camera body you can buy as this will save you some upgrading cost.

A good mid-range dSLRs usually costs from RM2,500, including the kit lens.

Among the mid-range models that are worth considering are the Nikon D5000/D90, Canon 500D/550D, and Sony A380/A550.

When choosing a brand, bear in mind that you will also be buying into a range of lenses.

Survey the lenses available for a certain brand. In this case, Canon and Nikon have a lead in their choices of lens and third-party products.

Eventually, you will be spending more money on the lenses than on the camera body. That´s why it´s important to buy a brand that has a good range of lenses to choose from.

Selecting a dSLR is very subjective. Comparing models based on their features can be confusing sometimes.

Since the picture quality is the final thing you´d expect from your dSLR, why not look at the pictures taken from the camera models.

Flickr.com and Pbase.com are the best places to go if you want to look and compare pictures. There are hundreds of thousands of pictures submitted by dSLR enthusiasts from around the world in these digital photo banks, complete with the exif information.

Exif is picture information recorded by the camera when the picture is taken, including camera model, lens type, ISO, and white balance.

This can be a good guide to the camera model that you want as you know the type of picture different models produce.

I often use these sites as my guides when I´m buying camera body, lenses, filter, etc. At least I´ll know the end result I´ll get from certain cameras or lenses.

Other factors

People are often misled by the "megapixel" marketing used by camera makers.

Do more pixels make better pictures? The answer is, not necessarily so.

A dSLR with six-megapixel sensor is good enough if you do not plan to print billboard-sized pictures.

Unless a brand has a fantastic sensor technology that can cramp huge megapixels into the small crop sensor without making noise in the picture, it´s not always a must to go for the most pixel model.

But if you plan to do a lot of action shots or wildlife photography, which requires picture cropping later, then a camera with huge megapixels will be useful.

One final tip before you buy. At the shop, hold and play around with the camera for a few minutes. If it feels good in your hand -- grip, weight, buttons, etc - then go for it. There is no point buying a camera that you are not comfortable holding.


Read more: http://www.mygadgets.my/tipslist.php?id=107/Article/index_html#ixzz10h1PRIOq

Monday, September 20, 2010

My attitudes are more important than my intelligence

Asslamualaikum,

Such a long time I never post anything on this blog. So in spirit of spread positive value, here is a good advice from Ustaz Zaharuddin, http://www.zaharuddin.net/

Remind yourself several times daily "My attitudes are more important than my intelligence". It's not how many brains you've got that matters, but its how you use your brains that counts. Ability to manage your thinking is of much greater value than the ability to memorize facts & your IQ score. Never underestimate your own intelligence & never overestimate the intelligence of others.

From my own experience, it does prove that a person who has good attitude (hardworking, discipline etc; just fill it yourself) is more successful than a person who is smart and has good brains but do not have good attitude (stubborn, lazy, not punctual, etc; also fill it yourself with all bad attitude you can think about). So my question is, what is the positive attitudes that I have and what is bad attitudes that I have.

CONTINUED....!!!