Thursday, December 30, 2010

Bye2 2010....2011 Here I come

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar hari ni dah sampai penghujung 2010. Seperti biasa, dah sampai ke hujung jalan ni sudah pasti kita akan mengingat kembali permulaan perjalanan ini. Bagi saya 2010 ini merupakan tahun yang sangat menarik buat diri saya. Julai 2010 genaplah setahun saya menyambung pengajian master di UPM. Pada awalnya saya berhasrat untuk membuat pengajian berkaitan biokomposit. Namun ALLAH maha mengetahui dan maha bijaksana saya secara tiba2 sahaja beralih arah kepada penyelidikan mengenai getaran (vibration). Walaupun susah, banyak ilmu berguna yang dipelajari. Tahun ini juga saya berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Sarawak. Memang seronok sebab sudah lama tidak menaiki kapal terbang dan yang lebih menarik perjalanan ini ditaja hampir 100%. Seingat saya, wang saya hanya keluar untuk membeli cenderehati dan ole-ole untuk keluarga. Masuk ke Perkampungan Budaya pun ditaja. Syukur Alhamdulillah. Tahun ini juga saya telah menghabiskan keperluan mengambil subjek sebanyak 12kredit bagi pengajian master dengan mendapat A & A- bagi setiap subjek yang diambil. Alhamdulillah. Tahun ini juga buat pertama kalinya saya menjadi guru tuisyen untuk mengajar tuisyen bagi subjek Fizik. Semoga anak2 muridku mendapat keputusan yang cemerlang terutama bagi subjek fizik, amin... Namun yang paling bermakna bagi saya ialah mengikat tali pertunangan dengan insan yang amat saya sayangi. Pengalaman menyatakan hasrat hati kepada keluarga untuk bertunang, memohon kebenaran daripada ayah untuk meminang, membeli cincin dan barang2 pertunangan masih segar difikiran. Terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh ahli keluarga, terutama ibu dan ayah yang telah banyak bersusah-payah untuk urusan pertunangan ini. Tidak dilupakan buat kakakku terutama kaklong yang telah menyediakan barang2 hantaran.

Tahun ini saya genap 25 tahun. Satu umur pada pandangan saya turning point bagi kehidupan setiap orang, terutama bagi lelaki. Pada usia 25tahun, abang ipar saya sudah menimang cahaya mata, bergelar senior engineer di sebuah MNC di Penang, mempunyai kereta dan yang lagi best sudah membeli sebuah kondominium di Penang. Saya........????? Belajar pun tak habis, kerja pun belum, aset apa pun tiada, wang simpanan yang tak banyak mana. Tiba-tiba perlu berkahwin. Memang perit dan ngilu hati ini bila difikirkan. Lebih memilukan apabila melihat rakan-rakan sekarang semuanya berpendapatan lebih daripada Rm3k dan semuanya sudah hendak menimang cahaya mata. Saya....???? Melihat rakan2 sepengajian sedang rancak menulis Jurnal dan tesis lagilah menambah parah dihati saya.

Itulah lumrah kehidupan. Sempurna dan bijaknya ciptaan ALLAH di bumi ini terletak kepada ketidak sempurnaan. Diberi pelbagai nikmat disamping itu diselit juga dengan pelbagai ujian. Diberi bermacam2 kelebihan disertakan juga dengan beberapa kekurangan. Kemana sahaja kita pergi, apa jua yang kita lakukan pasti ada kelebihan serta kekurangan tersendiri. SubhanallahMaha Suci ALLAH yang padaNYA tiada suatu pun kekurangan mahupun kecacatan. Terpulanglah pada kita sama ada mahu bersyukur diatas segala nikmat dan kelebihan yang sudah diberi atau pun merungut dan memprotes tak puas hati dengan apa yang tidak dimiliki.

Bagi saya, yang positif itu lebih seronok dan best untuk dikenang dan difikirkan. Saya percaya insyaALLAH pada masa hadapan kehidupan saya akan bertambah baik dan seronok. Moga2 Allah memberi saya hidayah untuk menjadi hambanya yang bersukur.

2011......here I come..!!!!